Terkini: Fadhilat Herbs Berimej Baru



Fadhilat Herbs adalah minuman kesihatan tradisional dan herba penyembuh yang diformulakan daripada bunga pokok Catharanthus Roseus(kemunting cina) dan buah Java Brucea (melada pahit). Formulasi ini telah digunakan oleh masyarakat tanah Melayu sejak dahulu kala lagi terutamanya bangsa Melayu dan Cina untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan melawan pelbagai penyakit kritikal.
Dengan kualiti dan harga yang amat kompetitif Fadhilat Herbs merupakan minuman herba ataupun pemakanan tambahan (supplement food) bagi semua rakyat Malaysia. Khasiat air minuman Fadhilat Herbs ini boleh dibanggakan. Ini kerana khasiatnya boleh dikatakan setanding malah mungkin lebih, jika dibandingkan dengan pelbagai produk pemakanan tambahan yang ada di pasaran, sama ada tempatan malah yang diimport dari luar negara.

KETERANGAN PRODUK
Campuran herba terpilih yang diformulasi oleh Fadhilat Herbs (MA 0113304-M) khusus untuk kesihatan lelaki dan wanita. Diambil dari sumber segar diladang dan dijamin melalui proses yang bersih lagi suci.

KANDUNGAN

Air mineral serta herba terpilih dari pohon Hablur dan Kemunting Cina.

PANDUAN PENGGUNAAN
1/4 gelas sekali minum. 1 atau 2 kali sehari.

Produk 100% bumiputera dengan jaminan HALAL JAKIM (SJ.553)

Air ini amat baik untuk dijadikan minuman harian untuk tenaga, meningkatkan kecergasan dan menghilangkan rasa kelesuan. Selain daripada itu ianya juga baik untuk dijadikan amalan untuk masalah kesihatan dan telah mendapat kelulusan dari makmal UTM serta sijil Analisis (CEPP/L309/027/008), dan Kementerian Kesihatan Malaysia (Ruj. KKM 163/S/16)

Harga : RM20.00 Semenanjung Malaysia.

KEMUNTING CINA/ROSSY PRIWINKLE

Pokok kemunting Cina juga dikenali sebagi pokok tapak dara, janda kedah, kembang sari cina, ros pantai dan beberapa nama lain. Manakala nama saintifiknya ialah catharanthus roseus.


Ianya dipercayai berasal dari Madagascar. Manakala habitat biasanya pula adalah di kawasan pantai dan juga kawasan yang berpasir. Keseluruhan pokok ini digunakan untuk mengubati cirit-birit, kencing manis, kanser, penyakit kulit, resdung dan leukimia.


Ianya juga terkenal kerana kandungan alkoloidnya saperti Vinbalistin dan Vincristine yang digunakan didalam kimoterapi kanser.Di dalam meraikan hari ulangtahun yang ke 10 (MAKNA) Majlis Kanser Nasional turut meraikan hari periwinkle atau juga dikenali sebagai hari Kemunting Cina yang ke 8. malah MAKNA menggunakan salah satu warna bunga pokok Kemunting Cina iaitu unggu sebagai logo MAKNA.


MELADA PAHIT/JAWA BRUCEA



Pokok Melada Pahit atau bahasa saintifiknya dikenali sebagai Jawa Brucea adalah sejenis tumbuhan herba berkayu yang mengeluarkan buah. Habitatnya adalah kawasan yang menerima cahaya matahari secara terus.



Herba ini amat berkesan untuk mereda dan merawat masalah darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, kebas, lenguh, lelah, resdung dan juga ciri-birit. Selain itu pokok herba ini juga amat berkesan sebagai pencegah penyakit kanser dan batu karang.


MINUMAN HERBA YANG BERKHASIAT

Air dari ekstrak kedua-dua pokok herba ini amat baik untuk dijadikan minuman harian bagi memulihkan tenaga, meningkatkan kecergasan dan menghilang rasa kelesuan. Fadhilat Herbs bukan sahaja sesuai untuk lelaki dan wanita malah ia juga sesuai untuk semua peringkat umur.


Kebaikan Fadhilat Herbs telah terbukti baik untuk pemulihan masalah-masalah kesihatan seperti :

Kencing manis, Darah tinggi, Kanser tahap 1 dan 2, Sembelit, Buasir, Ghaut,Migrain, Gastrik, Resdung, Semput, Lelah dan Asma, Lenguh, Bisa tumit kaki,Kebas anggota badan dan lutut, Keputihan dan haid tidak teratur, Eratkan hubungan suami isteri, Menguatkan kapasiti ingatan, Melambatkan penuaan sel otak dan lain-lain lagi dengan izin Allah SWT.